Forgot Password
  Merah Hijau Biru
RSS Version Bantuan W3C Disability User Mobile Version
Index
ICUJPM Official Email

 About Us
 SDO Message
 Department Profile
 Client Charter
 Organization Chart
 CIO Information
 Officers Directory
 Placement Of Personel

 Sections
 Administration & Finance
 Special Project
 Monitoring and Evaluation
 Information Technology
 Sosial Management

 DATA RESOURCES
 Open Data
 Publications
 Instruction/Circulars
 Member of Parliament
 Tender/Quotation
 Bulletin/Archive Gallery
 DKICT Tips
 Newspaper Cutting
 Mobile Apps

 Audio/Video
Video/Audio
 VISITOR'S STATISTIC
 

Date of Update :
11/06/2017


HTML hit counter - Quick-counter.net










PERUTUSAN PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI

 
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) berusaha memastikan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 melalui usaha-usaha transformasi yang dilaksanakan kerajaan yang meliputi Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme: GTP), Program Transformasi Ekonomi (Economy Transformation Programme: ETP), Model Baru Ekonomi (MBE) serta Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dapat direalisasikan dengan memperkukuhkan lagi jentera penyelarasan perancangan, pelaksanaan pemantauan dan pengesanan pelaksanaan dasar dan program/projek pembangunan Persekutuan di peringkat Negeri Terengganu.
 
Pemantauan dan penilaian program/projek pembangunan Persekutuan dibuat berdasarkan Arahan No. 1, 2010 yang lebih fokus kepada pendekatan berasaskan outcome (outcome-based approach) supaya lebih efektif dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Penilaian outcome adalah penting untuk menilai pencapaian program/projek pembangunan Kerajaan, memastikan kumpulan sasar mendapat faedah yang optimum serta menjadi panduan untuk program dan projek pada masa hadapan.


PPPNT juga berperanan dalam memantau, menyelaras dan menilai dasar dan program/projek yang berkaitan dengan peningkatan pendapatan dan pengagihan yang seimbang. Rakyat Malaysia yang dikenalpasti berpendapatan rendah dan dibawah garis kemiskinan serta berdaftar dalam Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) dibantu melalui program/projek pembasmian kemiskinan bagi memastikan tiada lagi miskin tegar di Malaysia. Selain itu, bagi memastikan semua keperluan asas rakyat dipenuhi, projek kecil Persekutuan dilaksanakan melalui projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS).


Sehubungan itu, pejabat ini sentiasa memastikan matlamat Kerajaan dapat direalisasikan melalui usaha gigih yang berterusan, semangat kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak.


Salam 1Malaysia.


Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu
Terima Kasih.
Privacy & Security Policy         Web Committee         Feedback/Complaint         Contact Us
Copyright Reserved © PPPN TERENGGANU 2017
Disclaimer : ICU JPM shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website