icu jpm logoLaman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Terengganu
Laman Utama
1
SEKSYEN PENGURUSAN & KEWANGAN
SEKSYEN PENGURUSAN

FUNGSI
1. Bagi memastikan keperluan sebenar sumber manusia dipenuhi dan khidmat sokongan dibekalkan bagi melicinkan perjalanan pejabat.

AKTIVTI
1. Mengurus semua urusan perjawatan dan hal-hal perkhidmatan pegawai;
2. Merancang keperluan latihan bagi pegawai PPPNT;
3. Mengurus perkhidmatan logistik, keselamatan dan pentadbiran am; dan
4. Mentadbir aktiviti-aktiviti penambahbaikan pengurusan kualiti pejabat.

SEKSYEN KEWANGAN

FUNGSI
1. Memastikan peruntukan kewangan yang secukupnya disediakan bagi membiayai program-program di bawah Pembangunan Negeri Terengganu; dan
2. Memastikan pengurusan pembayaran dibuat secara cekap dan berhemah.

AKTIVTI
1. Merancang keperluan Belanja Mengurus Tahunan melalui Anggaran Belanja Mengurus bagi memastikan setiap program/aktiviti yang dirancang berjalan lancar;
2. Mengurus sumber kewangan Jabatan dengan berhemah;
3. Memproses tuntutan dan bayaran bagi program/aktiviti Jabatan;
4. Menjadi urusetia Mesyuarat Pengurusan dan Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Jabatan;
5. Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu;
6. Menyediakan laporan-laporan prestasi kewangan harian, mingguan, bulanan, suku tahun dan tahunan; dan
7. Mengadakan mesyuarat Seksyen Kewangan mengikut keperluan bagi membincangkan aktiviti seksyen dan perkara-perkara yang berkaitan.