icu jpm logoLaman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Terengganu
Laman Utama
1
PIAGAM PELANGGAN

Komitmen :

"ICU JPM akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dengan berkesan berasaskan piagam pelanggan seperti berikut:

    PERKHIDMATAN TERAS UTAMA

  1. Mengeluarkan Laporan Prestasi pelaksanaan Projek RMLT mengikut permintaan dalam masa 3 hari.

  2. Menyiapkan laporan penilaian outcome program/projek dalam masa 3 bulan setelah terma rujukan dipersetujui.

  3. Memberi maklum balas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada agensi-agensi dalam tempoh 3 hari daripada permohonan diterima.

  4. Memberi khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal terhadap perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek dalam tempoh 3 hari selepas menerima permohonan.

  5. Memberi keputusan Permohonan Projek yang dikemukakan melalui e-Khas dalam tempoh 3 hari.

  6. Memberi maklum balas penerimaan Permohonan Projek Khas dalam tempoh tidak melebihi 7 hari.

  7. Menjana senarai orang miskin/miskin tegar daripada e-Kasih dalam tempoh 2 hari selepas permohonan diterima.


    PERKHIDMATAN SOKONGAN

  8. Memberi maklum balas kepada permohonan mengadakan latihan SPP II dalam masa 3 hari daripada tarikh permohonan diterima.

  9. Memastikan ketersediaan sistem dan rangkaian pada tahap minima 90% pada setiap masa.

  10. Memberi maklum balas pertama kepada Permohonan Perkhidmatan/Aduan ICT yang diterima melalui Call-Centre (MedICT) dalam masa 1 hari.

  11. Memberi maklum balas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi 3 hari.

Pemulihan Perkhidmatan :

Jika atas sebab-sebab tertentu ICU JPM tidak dapat menunaikan tanggungjawab dalam tempoh yang dijanjikan, kami akan dengan serta merta memberi jaminan kepada pihak pelanggan untuk melaksanakannya dalam masa yang dipersetujui”