Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Maklumat CIO
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Data Terbuka
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Berita/Arkib Galeri
  Tips DKICT
  Keratan Akhbar
  Soalan Lazim (FAQs)
  Aplikasi Mudah Alih

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
   11/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



SOALAN LAZIM (FAQ)

 
FAQ E-KASIH
   
Apakah eKasih ?
 
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
 
Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih ?
 
Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih. BIRM terdiri daripada dua fasa.

BIRM Fasa I dijalankan secara menyeluruh merangkumi kawasan bandar dan luar bandar bermula Disember 2007 sehingga Jun 2008 dengan rangka (frame) secara khusus diperolehi berdasarkan kepada senarai UPIS (KPKT) dan SPKR (KKLW) yang terkini pada masa itu. BIRM Fasa I juga dijalankan dengan merangkumi kawasan 'pocket of poverty' (kawasan berpendapatan rendah dan kawasan sekitarnya berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isirumah (HIS) yang dijalankan oleh DOS) bagi memantapkan frame. Walaubagaimanapun, terdapat kawasan yang tidak diliputi, iaitu kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri. Bagi memantapkan senarai di dalam eKasih, BIRM Fasa II telah dijalankan bermula Januari 2008 sehingga Julai 2009 dengan verifikasi dilakukan terhadap senarai (yang dianggap miskin) yang diterima daripada Ahli Parlimen/ADUN dan agensi- agensi diperingkat negeri.

Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verfikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih.
 
Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan ?Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini ?
 
Di dalam sebarang program banci, kes 'keciciran' pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Hasil bancian tidak wajar dianggap 100% sempurna. Faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain menjadi penyumbang kepada perkara ini. Antara lain, terdapat juga beberapa faktor seperti tiada sesiapa di rumah selepas 3 kali lawatan dalam masa yang berlainan oleh pembanci, alamat yang diperolehi tidak lengkap/ tidak tepat/tidak diketahui/tidak dikenali, telah berpindah dan juga enggan memberi kerjasama kepada pembanci.

Pelbagai langkah dan inisiatif dilakukan dalam mengatasi perkara ini. Antaranya, BIRM Fasa II yang dilakukan khusus bagi memantapkan senarai eKasih yang dianggap keciciran dan kerjasama dengan pihak NGO/Agensi berkaitan dengan program kebajikan dan pembasmian kemiskinan bagi mendaftarkan mereka yang layak. Selain itu, sistem eKasih sendiri yang mempunyai mekanisma Pendaftaran Terbuka di mana ia membolehkan orang awam melapor dan mendaftarkan ketua/ahli/keluarga/isirumah (yang mereka kenali) yang dirasakan miskin untuk tindakan selanjutnya oleh ICU JPM/PPN. Sekiranya layak dan menepati kriteria, isirumah tersebut akan dimasukkan ke dalam eKasih.
 
Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih ?
 
Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan bedasarkan pendapatan per kapita isirumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.
 
Bagaimana untuk mendaftar?
 

Pendaftaran secara terbuka atas talian (online) boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang www.ekasih.gov.my.

 
Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) ?
 
Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberitanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR) ?
 
Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.
 
Siapakah yang dimaksudkan sebagai miskin dan miskin tegar ?
 
Berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) melalui Laporan Penyiasatan Isirumah (HIS) yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2007, miskin tegar ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM430.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM540.00 bagi Sabah dan RM520.00 Terengganu. Manakala pendapatan perkapita isirumah tersebut adalah RM100.00 bagi Semenanjung, RM110.00 bagi Sabah dan RM115.00 bagi Terengganu dengan bilangan isirumah 4.4 Semenanjung, 5.2 bagi Sabah dan 4.6 bagi Terengganu.

Miskin tegar - adalah dikalangan isirumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari PGK makanan. PGK makanan adalah berdasarkan keperluan harian kilokalori setiap individu berdasarkan metodologi PGK makanan 2005 bagi Malaysia ialah RM415.00.

Miskin - Berdasarkan PGK 2007, golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM720.00 bagi Semenanjung, RM960.00 bagi Sabah dan RM830.00 bagi Terengganu.

Mudah Miskin - Golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK bermaksud treshold di bawah RM1500.00 bagi bandar dan RM1,000.00 bagi luar bandar.
 
Siapakah yang dimaksudkan sebagai miskin dan miskin tegar ?
 
Berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) melalui Laporan Penyiasatan Isirumah (HIS) yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2007, miskin tegar ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM430.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM540.00 bagi Sabah dan RM520.00 Terengganu. Manakala pendapatan perkapita isirumah tersebut adalah RM100.00 bagi Semenanjung, RM110.00 bagi Sabah dan RM115.00 bagi Terengganu dengan bilangan isirumah 4.4 Semenanjung, 5.2 bagi Sabah dan 4.6 bagi Terengganu.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan perkapita sesebuah keluarga ?
 
Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.
 
Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih ?
 
Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) atau Seksyen Pembasmian Kemiskinan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.
 
Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?
 
Bank data eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan. Kepada KIR yang ingin memohon bantuan perlu memohon sendiri kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan..
 
Bagi penerima bantuan daripada agensi tetapi KIR/AIR tidak berdaftar dalam eKasih perlukah mereka didaftarkan ?
 
Penerima bantuan tersebut tidak perlu didaftarkan, pihak agensi pemberi bantuan/program tersebut boleh menghantar senarai penerima bantuan kepada ICU JPM (pentadbir sistem) untuk dimasukkan kedalam system eKasih dibawah ketegori penerima bantuan. Senarai Penerima Bantuan ini pula akan diverifikasi dari masa ke semasa.
   
   
   
   
   
   
   

Dasar Privasi & Keselamatan         Pasukan Web         Maklumbalas/Aduan         Hubungi Kami
Hak Cipta Terpelihara © PPPN TERENGGANU 2017
Penafian : ICU JPM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini