Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

18-06-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

SESI WAWANCARA RADIO PROJEK PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA (PPA1M) MENERUSI TERENGGANU FM


Kuala Terengganu, 13 Mac 2018 – Satu sesi wawancara radio bersama YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu di Radio Terengganu FM bertujuan untuk mewar-warkan salah satu inisiatif kerajaan iaitu Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M). Turut hadir bersama ialah Pengurus Besar Hartanah AZRB Sdn Bhd selaku wakil pemaju PPA1M Tiara Paka dan PPA1M Puncak Temala. Kedua-dua tetamu bersiaran di konti radio selama 30 minit.

PPA1M merupakan satu skim rumah mampu milik untuk membolehkan penjawat awam khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan keselesaan penjawat awam.

Semua penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan
Badan Berkanun Negeri layak memohon untuk PPA1M, sama ada yang sedang dalam perkhidmatan atau yang sudah pencen, dan lantikan tetap atau kontrak. Moratorium selama 10 tahun akan turut dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami / isteri atau anak-anak. Pada 10 Januari 2018, YBhg. Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah mengumumkan bahawa anak pesara kerajaan turut berpeluang untuk memiliki rumah PPA1M walaupun bukan penjawat awam.

Di Negeri Terengganu, terdapat 19 projek PPA1M seperti perincian di bawah:

  • Daerah Kemaman:4 projek;
  • Daerah Dungun:3 projek;
  • Daerah Marang: 4 projek;
  • Daerah Kuala Terengganu: 2 projek;
  • Daerah Setiu: 1 projek; dan
  • Daerah Besut: 5 projek

Sebarang maklumat lanjut mengenai projek PPA1M boleh didapati di laman web www.ppa1m.gov.my


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 14 Mac 2018