Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

24-04-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN PEMANTAUAN VERIFIKASI SEKOLAH DAIF FASA 1 2018 DAERAH BESUT DAN MARANG


Kuala Terengganu, 11 April 2018 – Pegawai dari Seksyen Pemantauan 1, Ibu Pejabat ICU JPM turun padang untuk bersama-sama melawat projek-projek Sekolah Daif Fasa 1 Tahun 2018 yang dibina menggunakan kaedah Industrialized Building System (IBS). Lawatan ini turut disertai oleh Pejabat JKR Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk Besut dan Marang.

Lawatan pertama dimulakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri yang memperoleh 6 bilik darjah. Wakil JKR Daerah Besut telah memberikan penerangan mengenai perancangan dan pelaksanaan projek selama tempoh 3 bulan. Projek kedua di Daerah Besut ialah di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Tok Dor di mana sekolah ini mendapat 4 bilik darjah. Prestasi kemajuan projek sekolah daif Daerah Besut secara keseluruhannya mendahului jadual sebanyak 15%.

Seterusnya, di Daerah Marang lawatan dimulakan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor. Di tapak projek, Jurutera Daerah Marang memberikan penerangan untuk keempat-empat projek di bawah seliaan beliau. Lawatan diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Payung, Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Sentul Patah. Prestasi keseluruhan sekolah daif di Daerah Marang ialah 30%.

Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS merupakan projek berbentuk touch point yang sentiasa dipantau rapi oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi memastikan impak dan outcome projek dapat dinikmati bersama oleh para pelajar dan warga guru sekolah yang terlibat.



Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 15 April 2018