19 Julai 2017, Manir, Kuala Terengganu – Satu lawatan ke sebuah premis peserta Tunas Mekar Siri 6 telah diadakan hari ini iaitu ke premis perniagaan Kasyhaikal Resourses yang menjual tudung Kekaboo. Perniagaan ini dimiliki oleh Puan Siti Fazlina bt Maharimi yang beroperasi di Kampung Kubang Jela,Manir. Lawatan ini disertai oleh wakil daripada PPPNT iaitu Puan Norhazijah bt Mohamad Khalid, Penolong Pengarah (Khas) serta 3 orang perunding yang merupakan kaunselor UITM iaitu Puan Noorazlina Ahmad, Encik Abd Razak bin Abu Kasim, Puan Noorizan bt Ahmed dan seorang koordinator Tunas Mekar Negeri Terengganu iaitu Nik Fakhrulhazi bin Nik Hassan.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat operasi perniagaan peserta dan perkembangan perniagaan peserta berdasarkan laporan bulanan peserta yang telah dibentangkan dalam mesyuarat berkala yang dilakukan sebelum ini.
Menerusi lawatan ini, Kaunselor telah memberi penambahbaikan dari segi strategi perniagaan, cara mempromosikan perniagaan serta mencadangkan agar susun atur dalam premis disusun dengan lebih sistematik bagi memudahkan urusan perniagaan dilaksanakan serta dapat menarik perhatian pelanggan.Lawatan ini berakhir pada jam 11.30 pagi.
|