Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

25-11-2017


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

LAWATAN KE PREMIS PESERTA TUNAS MEKAR PERUSAHAAN CENDAWAN DI KG. BUKIT MERAH, DUNGUN

16 Mei 2017, Dungun – Satu lawatan ke premis peserta Tunas Mekar Siri 6 telah diadakan hari ini iaitu ke perusahaan cendawan yang dimiliki oleh Puan Nor Fariza Azwayu bt Salleh  yang beroperasi di Kg. Bukit Merah, Dungun. Peserta ini mempunyai 3 buah bangsal cendawan yang telah dibina dengan bilangan benih bongkah sebanyak 4000 biji. Semasa lawatan ini dilakukan, beberapa isu dan masalah turut dibincangkan antaranya seperti serangan kulat hijau pada bongkah benih cendawan, penggunaan mesin bagi merebus habuk kayu, pemilihan benih cendawan yang sesuai dan sebagainya. 
Peserta juga turut disarankan agar sentiasa menjaga kebersihan bangsal cendawan supaya penyakit dan serangan serangga dapat dikurangkan.  Selain daripada menjual cendawan segar, peserta ini juga turut menjual tepung serbaguna resepinya sendiri yang terdiri daripada dua jenis perisa iaitu perisa asli dan kari.

Lawatan ini telah disertai oleh koordinator program iaitu Encik Nik Fakhrulhazi bin Nik Hassan, 2 orang wakil daripada PPPNT iaitu Puan Norhazijah bt Mohamad Khalid, Penolong Pengarah dan Puan Maimun bt Ali, Pembantu Tadbir (P/O)  serta 3 orang perunding dari UITM iaitu Puan Noorazlina Ahmad, Encik Abd Razak bin Abu Kasim dan Puan Noorizan bt Ahmed. Lawatan ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

 

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 21 Mei 2017