Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
12/07/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MESYUARAT TUNAS MEKAR SIRI 6 BIL. 4/2017

04 Mei  2017, Dungun – Satu Mesyuarat Tunas Mekar Siri 6 Bil. 4/2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PJIA, UITM Dungun. Mesyuarat ini dihadiri oleh 6 orang peserta Tunas Mekar, wakil daripada PPPNT, 2 orang pengusaha serta 3 orang perunding yang merupakan kaunselor UITM. Jumlah keseluruhan peserta bagi negeri Terengganu untuk Siri 6 adalah seramai 6 orang.


Mesyuarat yang diadakan secara bulanan sepanjang program ini adalah untuk membincangkan perkembangan status perniagaan peserta Tunas Mekar di samping pihak pengusaha dan perunding memberikan khidmat nasihat bagi memajukan perniagaan yang dijalankan.  Mesyuarat yang diadakan pada hari ini adalah yang terakhir bagi Program ini. Para Perunding dan Pengusaha bersama wakil PPPNT akan membuat lawatan ke rumah peserta pada 08 Mei 2017 bagi melihat secara terus proses jual beli yang dilakukan oleh peserta serta usaha-usaha yang dilakukan oleh peserta dalam urusan perniagaan mereka. Sehubungan itu,sekiranya terdapat penambahbaikan yang dilakukan perunding dan pengusaha akan memaklumkan terus kepada peserta nanti.


Program yang diadakan selama hampir lima (5) bulan ini ternyata dapat membantu para peserta terutamanya graduan yang ingin memulakan perniagaan kerana dapat mempelajari asas  perniagaan menerusi pengalaman pengusaha yang telah berjaya serta kaunselor UITM yang sememangnya pakar dalam bidang ini.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 07 Mei 2017