Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

15-12-2017


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

LAWATAN KERJA RASMI OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE BESUT, TERENGGANU

06 OKTOBER 2017 - YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiri Majlis Perasmian Pecah Tanah Politeknik, Besut di Bukit Keluang Besut Terengganu yang dihadiri lebih dari 13,000 orang. Politeknik ini bakal muncul sebagai Politeknik terbesar di Pantai Timur. Projek yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM167 juta itu akan dibina di kawasan seluas 28 hektar di Bukit Keluang dengan reka bentuk moden, terkini dan mesra alam. Pembinaan Politeknik yang bakal mengukuhkan lagi Daerah Besut sebagai Hab Utama Pendidikan di Negeri Terengganu merupakan Politeknik ketiga di negeri ini selepas Dungun dan Kuala Terengganu di samping yang ke-34 di dalam Negara. Ia dijangka akan siap pada tahun 2020 dan dapat menampung sehingga lebih 2,000 orang pelajar.

YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut meluangkan masa mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Ar-Raudhah Kampung Beris Pak Abu, Kuala Besut dan selepas itu bergerak ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Baharu Kuala Besut untuk jamuan rakyat bersama-sama dengan penduduk setempat sebelum ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Politeknik Besut. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik/Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz.

Pegawai dari Pejabat ini yang turut hadir adalah Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, Encik Md Razi bin Md Lazim, Ketua Penolong Pengarah (Khas) dan Encik Hasbullah bin Mat Saman, Juruteknik PPPNT. Majlis tamat sekitar  jam 5.00 petang.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 09 Oktober 2017