Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
21/09/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE TERENGGANU MELAWAT MANGSA BANJIR DI DAERAH HULU TERENGGANU

1 Januari 2017 -  Timbalan Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melawat pusat pemindahan mangsa banjir di pusat perpindahan banjir di Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, YAB. Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, YB SUK Terengganu, YB. Dato’ Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Ketua Pengarah Nadma, YBhg. Datuk Zaitun bt Abu Samah, ADUN Telemong, YB Dato’ Rozi bin Mamat serta Ketua Polis Negeri, Pegawai Daerah dan semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Selepas berakhirnya lawatan di Kelantan, YAB Timbalan Perdana Menteri tiba di Akademi Bomba dan Penyelamat Zon Timur (Wakaf Tapai) dengan menaiki helikopter. Beliau tiba pada jam 5.00 petang dan mengadakan lawatan ke pusat perpindahan banjir di Bukit Tadok serta mengadakan  sidang media.
 
Seramai 152 mangsa dari 53 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan itu sejak 31 Disember 2016 setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan dari 30 Disember 2016.

Timbalan Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini Kerajaan Negeri berjaya mengendalikan pengurusan banjir dengan lebih tersusun hasil kerjasama sektretariat bencana yang ditubuhkan di negeri, daerah, mukim dan kampung.

Lawatan berakhir pada jam 6.50 petang dan beliau berlepas pulang menaiki pesawat  khas jam 8.00 malam.

Sumber : Seksyen Pemantauan Dan Penilaian

Tarikh : 03 Januari 2017