Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MESYUARAT TAPAK BILANGAN 12/2018- PEMBANGUNAN SEMULA KOMPLEKS PASAR PAYANG, MBKT

Kuala Terengganu, 20 Ogos  2018 – Pasar Payang, bangunan ikonik dan kawasan tumpuan bagi Negeri Terengganu akan bertukar wajah dan diberi nafas yang baharu apabila kerja-kerja pembangunan semula bangunan dan kawasan sekitarnya siap pada tahun 2021 kelak. Mesyuarat tapak bulanan kali ke 12 (kali kelapan bagi tahun 2018) telah diadakan pada 20 Ogos 2018 bertempat di Pejabat Tapak projek. Ia dipengerusikan oleh Tuan Ir. Md. Ridzwan bin C. Chik, TSUB PP 2, Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek KPKT. Ahli mesyuarat lain yang hadir ialah dari MBKT, Bahagian Kerajaan Tempatan SUK, Jabatan-jabatan dan agensi persekutuan yang terlibat serta kontraktor dan konsultan projek. PPPNT di wakili oleh Encik Ahmad Haffiz bin Ahmad Mokhtar, KPP Pemantauan dan Penilaian.

  Kemajuan Kerja :

  • Jadual                   : 38.00 %
  • Sebenar               : 39.00 %
  • Varian                   : +1 % (5 hari)
  • Status Kemajuan: Dahului Jadual

Kerja-kerja semasa :

  • Pada ketika ini, pelaksanaan projek bertumpu di Pasar Payang 2 di mana kerja-kerja pemasangan struktur besi dan teras bumbung, pembinaan sub stesyen TNB pembinaan surau baharu dan tandas, Sewerage Treatment Plant (STP); dan pemasangan paip kumbahan giat dijalankan.

Semoga projek bermanfaat kepada rakyat ini dapat disiapkan mengikut jadual, yang akan menggalakkan sektor pelancongan di Negeri Terengganu Darul Iman.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 21 Ogos 2018