Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM TOUCH POINT BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SECARA GOTONG ROYONG DI PARLIMEN KUALA NERUS

12 OGOS 2017, KUALA NERUS - Satu Program Touch Point bantuan baikpulih rumah secara gotong royong  telah dilaksanakan di Parlimen Kuala Nerus yang melibatkan dua buah rumah di daerah tersebut.  Rumah yang dibaikpulih adalah kediaman Encik Azmi bin Alias di Kampung Banggol Limau, dan rumah Puan Norma binti Mat Deris di Kampung Tanjung Sabtu, Kuala Nerus.  Skop baikpulih rumah adalah membaiki dinding, tingkap, lantai dan pintu. Baikpulih ini telah dilaksanakan secara gotong royong melibatkan beberapa agensi antaranya Kakitangan dan Pelajar Giatmara, J3K Kampung Banggol Limau, J3k Tanjung Sabtu dan orang kampung.

       Kaedah secara gotong royong ini bertujuan mewujudkan semangat kerjasama di kalangan anggota masyarakat disamping mengeratkan hubungan antara Kerajaan dan rakyat. Program Touch Point Baik pulih rumah ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada golongan yang memerlukan untuk mendiami rumah sendiri dengan lebih selesa dan selamat serta peningkatan kualiti kehidupan golongan sasar. Sebanyak 8 buah rumah lagi di  Parlimen Kuala Nerus akan menerima sumbangan yang sama dalam masa terdekat.

       Pegawai yang turut hadir dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu adalah YBrs Encik Jamaruslam bin Abdullah, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, Encik Md Razi bin Md Lazim, Ketua Penolong Pengarah, Puan Norhazijah bt Mohamad Khalid, Penolong Pengarah,  Encik Abdul Hamid, Juruteknik Gred J19 dan Encik Raja Mohd Faisal, Juruteknik Gred J19.  Program  Gotong Royong ini selesai sekitar jam 1.30 tengah hari dan kerja-kerja baikpulih selanjutnya akan disiapkan dengan kadar segera.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 21 Ogos 2017