Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM TOUCH POINT BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SECARA GOTONG ROYONG DI PARLIMEN KEMAMAN

12 SEPTEMBER 2017, KEMAMAN-Satu Program Touch Point bantuan baikpulih rumah secara gotong royong telah dilaksanakan di Parlimen Kemaman yang melibatkan tiga buah rumah di daerah tersebut.  Rumah yang dibaikpulih adalah kediaman Puan Semek bt Abdullah, Kg Gong Chengal, dan Encik Saiful Agfa bin Sidek, Kg Gelugor Kerteh.  Skop baikpulih rumah adalah menggantikan dinding dan lantai yang telah reput, baiki pintu dan tingkap yang telah reput dan membaiki atap yang telah bocor. Baikpulih ini telah dilaksanakan secara gotong royong melibatkan beberapa agensi antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Bomba, RELA, J3K Gong Chengal, J3K Kg Gelugor Kerteh, Bomba, MPK, LKIM dan penduduk setempat.

Kaedah secara gotong royong ini bertujuan mewujudkan semangat kerjasama di kalangan anggota masyarakat disamping mengeratkan hubungan antara Kerajaan dan rakyat. Program Touch Point Baik pulih rumah ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada golongan yang memerlukan untuk mendiami rumah sendiri dengan lebih selesa dan selamat serta peningkatan kualiti kehidupan golongan sasar. Pegawai yang turut hadir dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu ialah YBhg. Dato Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri, Encik Md Razi bin Md Lazim, Pegawai Tadbir Diplomatik, Norhazijah Bt Mohamad khalid, Pegawai Tadbir Diplomatik,   Encik Badrul Hisyam, Juruteknik Gred J19, Encik  Wan Abdul Hakim, Juruteknik Gred J19 , Puan Akmarul Jomina, Juruteknik Gred J19 dan Encik Mohd Hamdi, Pegawai Kesejahteraan Rakyat.  Program  Gotong Royong ini selesai sekitar jam 1.00 tengah hari dan kerja-kerja baikpulih selanjutnya akan disiapkan dengan kadar segera.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 19 Sept 2017