Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

24-04-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA  (PENGURUSAN) KEMENTERIAN KERJA RAYA KE JKR TERENGGANU


Kuala Nerus, 4 April 2018 – Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) [TKSU(P)] Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sarani bin Dol telah mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Parlimen Kuala Nerus pada 4 April 2018. Lawatan kerja ini turut disertai oleh pegawai-pegawai pemantau dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian (P&P), PPPNT diketuai Ketua Penolong Pengarah, En. Ahmad Haffiz bin Ahmad Mokhtar. Lawatan kerja sehari ini dimulakan dengan taklimat berkaitan projek-projek di Parlimen Kuala Nerus di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Pihak PPPNT telah membentangkan status pelaksanaan Projek-Projek RP3 RMKe-11 di Parlimen Kuala Nerus. Taklimat berakhir pada jam 12.10 tengahari.

Lawatan ke tapak projek bermula pada jam 2.00 petang. Lawatan yang pertama ialah meninjau lokasi-lokasi blackspot (kawasan yang mudah berlaku kemalangan) di laluan Batu Enam – Sg. Tong – Setiu. Terdapat tiga (3) lokasi yang dikenalpasti sebagai blackspot  yang kini telah diambil perhatian oleh pihak Kementerian Kerja Raya susulan lawatan ini.

Seterusnya merupakan lawatan tapak ke Projek Pembinaan Hospital Pengajar UNiSZA, Gong Badak dan ke Klinik Kesihatan Batu Rakit bagi meninjau keadaan semasa klinik tersebut serta keperluan untuk dinaiktaraf dalam RP4 (2019).

Lawatan berakhir kira-kira pada jam 5.45 petang.



Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 12 April 2018