10 April 2018, Kuala Nerus – Satu Majlis Penyerahan Projek Membina Dan Menyiapkan Sebuah Dewan Serbaguna Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu telah diadakan pada hari ini. Majlis penyerahan ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi (Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu), YBrs. Ir. Haji Che Kamaruddin bin Badar (Pengarah JKR Negeri Terengganu), YM Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil (Pegawai Daerah Kuala Nerus) En. Fauzi bin Junus (Jurutera Daerah, JKR Kuala Nerus) selaku agensi pelaksana projek, JKR Elektrik, JKR Mekanikal, wakil Pejabat Daerah Kuala Nerus, kontraktor Dinar Dynamic (M) SDN. BHD dan Pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.
Majlis penyerahan ini yang bermula jam 10.00 pagi disempurnakan dengan menandatangani dokumen penyerahan projek dan gimik penyerahan replika kunci dewan daripada pihak kontraktor kepada JKR dan kemudiannya diserahkan kepada PPPN Terengganu selaku penyelaras projek yang seterusnya diserahkan kepada Pejabat Daerah Kuala Nerus selaku pemilik dewan yang akan menyelaras penggunaan dan penyelenggaraan dewan ini. Dewan ini dinamakan sebagai DEWAN SERBAGUNA TOK JEMBAL.
Projek ini merupakan projek yang diluluskan oleh YAB PM pada tahun 2015 dengan kos peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.5 juta. Skop projek ini merangkumi pembinaan dewan yang dilengkapi dengan tandas, surau, bilik mesyuarat dan ruang memasak bagi membolehkan dewan ini digunakan sebagai pusat pemindahan banjir.
PPPN Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini terutama JKR Kuala Nerus selaku agensi pelaksana projek dan kontraktor Dinar Dynamic (M) SDN. BHD. Diharap dewan ini memberi manfaat kepada penduduk setempat bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. |