Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

22-05-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBEKAL BECA BARU (7 BUAH)


3 Mei 2018, Kuala Terengganu – Satu Majlis Penyerahan Projek Membekal Beca Baru telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato’ Abdul Rahim Bin Haji Ahmad, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Majlis penyerahan ini dihadiri oleh Encik Md Razi bin Md Lazim, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, JKR Mekanikal selaku pelaksana projek, Jabatan Pelancongan, dan syarikat Eslan Enterprise.

Majlis penyerahan ini yang bermula jam 9.30 pagi disempurnakan dengan menandatangani dokumen penyerahan projek dan gimik penyerahan replika beca daripada pihak kontraktor kepada JKR Mekanikal dan kemudiannya diserahkan kepada PPPN Terengganu selaku penyelaras projek yang seterusnya diserahkan kepada Jabatan Pelancongan selaku pemilik projek yang akan menyelaras penggunaan beca ini.

Projek ini merupakan projek yang diluluskan oleh YAB PM pada Jun 2016 dengan kos peruntukan keseluruhan sebanyak RM66,000. Skop projek ini merangkumi pembekalan 7 buah beca.

PPPN Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini terutama JKR Mekanikal selaku agensi pelaksana projek dan syarikat Eslan Enterprise yang menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. Diharap beca ini mampu memberi tarikan baru kepada industri pelancongan di negeri Terengganu.



Sumber: Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 06 Mei 2018