Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-06-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENGGANTIAN 4 BUAH LIFT DI BANGUNAN UTAMA HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ) KUALA TERENGGANU, TERENGGANU


15 April 2018, Kuala Nerus – Satu Majlis Penyerahan Projek Penggantian 4 Buah Lift Di Bangunan Utama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Terengganu telah diadakan pada hari ini. Majlis penyerahan ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi (Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu), YBrs. Ir. Haji Che Kamaruddin bin Badar (Pengarah JKR Negeri Terengganu), En. Norhisham bin Launah (Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Terengganu) selaku agensi pelaksana projek, Dr. Nor Azimi Binti Yunus (Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah) wakil Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, wakil Radicare, kontraktor Fuji HD Elevator Sdn. Bhd. dan Pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.

Majlis penyerahan ini yang bermula jam 9.00 pagi disempurnakan dengan menandatangani dokumen penyerahan projek dan gimik penyerahan replika kunci daripada pihak kontraktor kepada JKR dan kemudiannya diserahkan kepada PPPN Terengganu selaku penyelaras projek yang seterusnya diserahkan kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah selaku pemilik projek yang akan menyelaras penggunaan dan penyelenggaraan lif ini.

Projek ini merupakan projek yang diluluskan oleh YAB TPM pada Mac 2016 dengan kos peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.8 juta. Skop projek ini merangkumi penggantian 4 buah lift utama di bangunan utama hospital.

PPPN Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini terutama JKR Mekanikal selaku agensi pelaksana projek dan kontraktor Fuji HD Elevator Sdn. Bhd. Diharap lift ini memberi kemudahan kepada semua pengguna hospital terutama para pesakit, pelawat dan kakitangan hospital.



Sumber: Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 15 April 2018