Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

24-04-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

SESI LAWATAN SEKOLAH DAIF SEKITAR DAERAH MARANG


Kuala Terengganu, 13 Mac 2018 – Projek Pembinaan Semula dan Menaik Taraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah Industrialized Building System (IBS) (Fasa 1) Tahun 2018 telah bermula di seluruh negara mulai Mac 2018. JKR Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksana untuk projek-projek tersebut untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia manakala ICU JPM telah dilantik sebagai pemantau kepada pelaksanaan projek ini selaras dengan surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 17 Januari 2018.

Sebanyak 15 buah sekolah di Negeri Terengganu yang terlibat dengan projek ini iaitu:

  • 5 buah sekolah di Daerah Kemaman;
  • 5 buah sekolah di Daerah Marang;
  • 2 buah sekolah di Daerah Dungun;
  • 1 buah sekolah di Daerah Setiu;
  • 1 buah sekolah di Daerah Kuala Nerus; dan
  • 1 buah sekolah di Daerah Besut.

 

Di Daerah Marang, 5 buah sekolah tersebut ialah:

  • SK Bukit Payung;
  • SK Sentol Patah;
  • SMK Sultan Mansor
  • SMK Wakaf Tapai; dan
  • SK Payong Baru.

Mulai bulan Februari 2018, pegawai pemantau dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian, PPPNT telah mula turun padang melawat sekolah-sekolah yang tersenarai di bawah projek ini. Projek ini bermula pada bulan Mac dan dianggarkan siap pada bulan Jun 2018.

 


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 15 Mac 2018