Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN PEMANTAUAN PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI KE SEKOLAH DAIF DAERAH MARANG DAN DUNGUN

Terengganu, 16 Julai 2018 – Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi telah mengadakan lawatan pemantauan ke projek Sekolah Daif Daerah Marang dan Dungun. Lawatan ini turut diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah dan pegawai pemantau dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian (PNP). Sekolah Kebangsaan Seberang Marang menerima bangunan baru dua tingkat 8 bilik darjah di bawah pakej sekolah daif yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Projek ini telah bermula di tapak sejak November 2017 dan sepatutnya siap pada Februari 2018. PKN menegaskan kepada pihak kontraktor bahawa kelewatan ini bukan sahaja merugikan kerajaan malah pihak sekolah dan pelajar turut menerima kesan secara langsung kerana hak mereka untuk bersekolah dengan selesa dinafikan berikutan kelewatan ini.

Terdapat dua sekolah yang menerima bangunan baru di bawah peruntukan Sekolah Daif Fasa 1 yang dilaksanakan oleh JKR Daerah Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan Sura (6 bilik darjah) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar (3 bilik darjah). Kedua-dua projek ini telah bermula di tapak pada 26 Mac 2018 dan dijangka diserahkan kepada sekolah pada awal bulan Ogos ini.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2018