Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PERASMIAN PUSAT KAWALAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) KG.TOK RANDOK, AJIL HULU TERENGGANU

Hulu Terengganu, 22 September 2018 – YB Dr. Md Farid bin Md Rafik, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Hulu Terengganu bagi merasmikan Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kg.Tok Randok, Ajil Hulu Terengganu. Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu, Pegawai PPPNT, Wakil Pegawai Daerah Hulu Terengganu, ADUN Ajil, Wakil Ketua Polis Daerah dan Pegawai  pelbagai jabatan di Daerah Hulu Terengganu.

Pondok Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela Kg.Tok Randok ini merupakan salah satu projek Mesra Rakyat Kawasan Parlimen Hulu Terengganu tahun 2018 yang dilaksanakan oleh PPPNT. Keluasan pondok ini adalah 168 kaki persegi dengan kos pembinaan sebanyak RM 20,000.00. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas penubuhan Pusat Kawalan SRS Tok Randok yang disampaikan Mejar (bersara) Abd. Aziz bin Mamat, Pengerusi KRT Kg. Tok Randok.

Lawatan kemudianya dibawa ke Markas taktikal SRS Kg Tok Randok untuk upacara bacaan doa, nyayian lagu Negaraku dan ucapan perasmian. Sebagai simbolik perasmian pondok SRS ini YB Timbalan Menteri Di Jabatan Menteri telah menadatangani plak perasmian Pondok SRS Kg.Tok Randok ini. Lawatan ini berakhir dengan sesi bergambar YB Timbalan Menteri bersama anggota SRS Kg. Tok Randok.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 23 September 2018