Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MESYUARAT TROUBLESHOOTING PROJEK-PROJEK LEWAT JADUAL/SAKIT RMKe-11 (KETENGAH)

Hulu Terengganu, 27 Ogos 2017 -  Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, YBhg Dato' Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi telah mempengerusikan Mesyuarat Troubleshooting Projek-Projek Lewat Jadual/Sakit RMKe-11 KETENGAH di Pejabat Pembangunan Tasik Kenyir, Pengkalan Gawi. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPPNT, pegawai teknikal dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), pegawai-pegawai KETENGAH dan wakil konsultan projek-projek tersebut.

Mesyuarat bertujuan membincangkan isu-isu pelaksanaan projek, isu-isu berbangkit yang menjejaskan kelancaran projek dan inisiatif yang dicadangkan kepada pihak konsultan dan KETENGAH untuk menyelesaikan masalah projek Lewat Jadual dan Sakit. Pihak KETENGAH turut dimohon untuk mengemaskini Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) untuk memastikan data di dalam sistem sentiasa up-to-date.

Setelah mesyuarat ditangguhkan, program diteruskan dengan lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Esplanade Pesisir Tasik di Bandar Baru Gawi dan Tapak Projek Pusat Komersial Gawi. Lawatan berakhir pada jam 2.00 petang.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 30 Ogos 2017