Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
  07/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PPA1M PUNCAK TEMALA

21 Mei 2017- Majlis Pecah Tanah Projek PPA1M Puncak Temala telah diadakan di tapak projek, Puncak Temala, Wakaf Tapai.
Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang turut dihadiri EXCO Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A. Latiff Awang, EXCO Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, YB Ghazali b. Taib, Pengerusi Ahmad Zaki Resources Bhd. (AZRB) Raja Tan Sri Dato’ Seri Aman Raja Haji Ahmad dan Pegawai Kemajuan Negeri, Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi.
Sebanyak 685 unit kediaman termasuk 76 unit kedai pejabat dan 1 lot tanah komersial di bawah Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) bakal dibina dan dibangunkan dalam 3 fasa utama dalam tempoh lima tahun di Puncak Temala di Wakaf Tapai.
Daripada jumlah 609 itu terdiri daripada 160 unit Rumah Mampu Milik, 349 unit Rumah Teres Dua Tingkat dan 100 unit Rumah Berkembar Dua Tingkat yang akan dibuat di atas tanah seluas 66.96 ekar yang dibina oleh sayarikat pemaju Temala Development Sdn. Bhd. (TDSB).
Puncak Temala yang terletak di laluan Kuala Terengganu-Kuala Berang menawarkan yang terbaik dari setiap sudut iaitu kemudahan akses (tujuh kilometer dari Plaza Tol Ajil (LPT), 27 km dari Kuala Terengganu), prasarana terancang, reka bentuk moden dan harga berpatutan
Bagi penjawat awam yang berminat boleh membuat pendaftaran serta mendapatkan maklumat lanjut melalui portal www.ppa1m.gov.my manakala bagi orang ramai yang berminat pula boleh mendaftar dengan pihak syarikat melalui telefon 09-6230846.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 28 Mei 2017