Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
21/09/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MAJLIS PELANCARAN POLITEKNIK BESUT, TERENGGGANU

18 Mac 2017  – Besut,  Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh telah menyempurnakan pelancaran Politeknik Besut bertempat di Kampus Sementara Politeknik Besut, Kampung Raja, Besut pada 18 Mac 2017. Majlis pelancaran ini turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, YB Nawi Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri, YB A. Latif Awang, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus serta Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, YBhg. Datuk Amir Md. Noor.

Politeknik Besut yang bakal dibina di kawasan seluas 28 hektar di Bukit Keluang, Besut dengan kos RM180.0 juta dijangka boleh menampung sehingga 1,200 orang pelajar pada satu-satu masa. Politeknik yang ke-34 ini akan menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang kreativiti dan inovasi seperti kraf industri dan rekaan fesyen batik yang menggunapakai teknologi terkini seperti Computer Aided Design (CAD).

Program bermula seawal 8.30 pagi dengan upacara Majlis Pecah Tanah di tapak bina Politeknik Besut Lot 2891, Mukim Keluang dan berakhir pada jam 11.30 tengah hari dengan pelancaran gimik perasmian Politeknik Besut yang turut disaksikan oleh warga-warga politeknik, pemimpin komuniti dan masyarakat setempat.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 19 Mac 2017