Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
  07/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMULIHARAAN MUARA SUNGAI BESUT

16 April 2017, Besut – YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang dikenali sebagai gerbang pelancongan Terengganu di Kuala Besut. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kedatangan YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Anggota Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,  Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin-pemimpin tempatan dan penduduk sekitar Besut.
Projek ini menjenamakan Kuala Besut sebagai Gerbang Pelancongan Antarabangsa Besut yang melibatkan kos kira-kira RM 221 juta, bakal siap dalam tempoh tiga  tahun dari sekarang. Menurut Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Terengganu, Ir C. Poobalan, projek ini melibatkan pembinaan 1,300 meter benteng pemecah ombak sebelah utara dan 1,500 meter sebelah selatan. Pembangunan ini dijangka bakal mengubah landskap ekonomi daerah itu turut melibatkan kerja membaik pulih pemecah ombak sedia ada, membina lapis lindung tebing di Kampung (Kg) Sungai Nail dan kerja-kerja penambakan pantai.

Majlis ini turut disertai oleh Pegawai Kemajuan Negeri, Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah dan pegawai-pegawai dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian (PNP).

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 19 April 2017