Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN PEMANTAUAN PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI KE SEKOLAH DAIF FASA 1 2018 DAERAH MARANG


Kuala Terengganu, 26 Jun 2018 – Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi telah mengadakan satu sesi lawatan pemantauan untuk meninjau prestasi terkini projek sekolah daif sekitar Daerah Marang sebelum penyerahan yang akan diadakan pada 1 Julai 2018. Lawatan ini turut disertai oleh Encik Ahmad Haffiz bin Ahmad Mokhtar, KPP(N) dan pegawai-pegawai dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian. Ianya  bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Sentol Patah. Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Marang dan JKR Daerah Marang turut serta dalam lawatan ini.

Dalam lawatan tersebut, Pegawai Kemajuan Negeri meminta kontraktor memastikan projek-projek memenuhi ekspektasi pelanggan dan menjanjikan kualiti yang optimum sebelum diserahkan kepada pihak sekolah. JKR Daerah Marang merupakan agensi pelaksana pertama yang berjaya menyiapkan projek Sekolah Daif Fasa 1 di Negeri Terengganu. Daripada sejumlah 15 buah sekolah daif yang dibina di Negeri Terengganu, 5 buah sekolah sudah siap dibina dan baki 10 buah sekolah masih dalam pembinaan


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 28 Jun 2018