Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.4/2017 PPPNT

11 September, Isnin - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.4/2017 PPPNT telah diadakan di Dewan Konvensyen, Tingkat 2, Wisma Darul Iman. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan alunan Asmaul Husna. Seterusnya, bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohd Junpalos bin Abas.

Aktiviti seterusnya adalah Pemakluman Pengurusan yang merangkumi makluman kelahiran bayi, hari lahir kakitangan  dan kemasukan pegawai  ke PPPNT. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian APC bulanan bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2017. YBhg. Dato’ telah merakamkan ucapan terima kasih dan selamat bersara kepada Encik Zulkifli bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir dan ucapan tahniah kepada dua orang kakitangan kontrak yang telah mendapat tawaran lantikan tetap dan atas kenaikan pangkat Encik Mohd Shahrin bin Abd Ghani sebagai Pembantu Tadbir W22 (KUP). YBhg. Dato’ juga mengalu-alukan kedatangan Ketua Pembantu Tadbir baru iaitu Cik Fazra Hezrina binti A. Razak.

Sempena bulan kemerdekaan YBhg. Dato’ menyarankan agar semua kakitangan menyemaikan semangat kecintaan kepada negara. Selain itu, kakitangan juga diminta bersedia menghadapi PRU ke -14 dan memastikan pelaksanaan projek-projek touch point berjalan lancar.

YBhg. Dato’ PKN turut menyampaikan kad hari lahir kepada pegawai dan kakitangan yang meraikan hari lahir pada bulan Jun hingga bulan September. Majlis diakhiri dengan taklimat daripada SPRM bertajuk “Integriti Penjawat Awam”

Sumber : Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 25 September 2017