Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
  07/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.3/2017 PPPNT

21 Mei 2017, Ahad - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2017 PPPNT telah diadakan di Dewan Konvensyen, Tingkat 2, Wisma Darul Iman. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan alunan Asmaul Husna. Seterusnya, bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mahazi bin Mohd Noor.
Aktiviti seterusnya adalah Pemakluman Pengurusan yang merangkumi makluman kelahiran bayi, hari lahir kakitangan dan pemangkuan YBhg Dato’ PKN ke Gred Utama B yang berkuatkuasa mulai 15 Mei 2017. Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg Dato’.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ PKN. Antara amanat YBhg. Dato’ kepada warga kerja PPPNT adalah supaya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan,  memastikan KPI dan SKT dicapai mengikut target, attention to details dalam tugasan harian dan etika penggunaan media sosial. YBhg. Dato’ juga mengucapkan tahniah kepada lima orang kakitangan yang menerima  APC bagi tahun 2016 dan berharap perkhidmatan yang diberikan akan terus cemerlang. YBhg. Dato’ PKN turut menyampaikan kad hari lahir kepada pegawai dan kakitangan yang meraikan hari lahir pada bulan Mac hinga Mei. Majlis diakhiri dengan taklimat kesihatan dan solusi oleh Health Solution Sdn. Bhd.

Sumber : Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 28 Mei 2017