Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

19-02-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK SMK SERADA

Kuala Terengganu, 8 Februari 2018 -  YB Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Seri Mahdzir bin Khalid telah merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi projek SMK Serada yang berlangsung pada jam 11.30 pagi. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, YB A. Latiff Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg. Dato Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin dan barisan kepimpinan Negeri dan Persekutuan diantaranya Pegawai Daerah Kuala Terengganu serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Projek ini melibatkan pembinaan lapan belas (18) buah bilik darjah mengandungi tiga (3) blok bangunan 4 tingkat, tiga (3) blok bangunan 3 tingkat, sebuah kantin 1 tingkat, sebuah dewan terbuka 1 tingkat dan padang bola sepak .

YB. Menteri Pendidikan Malaysia turut menyatakan penghargaan di atas khidmat bakti warga pendidik di Daerah Kuala Terengganu khususnya dan di Negeri Terengganu amnya dalam usaha mendidik anak bangsa dan berjaya mengekalkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini. Beliau turut menyatakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah merupakan salah satu inisiatif KPM dalam mencorakkan pelajar-pelajar untuk meneruskan kelangsungan agenda Transformasi Nasional 2050 atau TN50. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa sokongan guru-guru sebagai penjawat awam dan tulang belakang pendidikan negara amat diperlukan untuk merealisasikan aspirasi dan hasrat Kerajaan dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Majlis berakhir pada jam 1.30 petang.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 14 Februari 2018