Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PERASMIAN MAJLIS PECAH TANAH POLITEKNIK BESUT, TERENGGANU

BESUT,   6 Okt 2017 -Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi Pembinaan Politeknik Besut yang bakal muncul sebagai politeknik terbesar di pantai timur. Projek yang dianggarkan menelan kos RM167 juta itu akan dibina di kawasan seluas 28 hektar di Bukit Keluang, Besut, dengan reka bentuk moden terkini dan mesra alam.

Pembinaan politeknik yang bakal mengukuhkan daerah Besut sebagai hab utama pendidikan negeri merupakan yang ketiga di negeri ini selepas Dungun dan Kuala Terengganu di samping yang ke-34 di seluruh negara dan ia dijangka siap pada tahun 2020 dengan keupayaan menampung sehingga lebih 2,000 pelajar.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik/Kolej Komuniti Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu diwakili oleh Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah.

Dalam ucapannya,Timbalan Perdana Menteri berkata, penubuhan politeknik yang mengetengahkan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) diyakini mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing sekaligus membolehkan lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir tempatan dilahirkan menerusi politeknik di seluruh negara.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 09 Oktober 2017