Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

19-02-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS PECAH TANAH BAGI MELAKSANAKAN PROJEK JALAN DARI LAPANGAN TERBANG (LTSM) KE KUALA TERENGGANU CITY CENTRE (KTCC)

Kuala Terengganu, 1 Februari 2018 -  YAB Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Projek Melaksanakan Jalan Dari Lapangan Terbang SUltan Mahmud (LTSM) Ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Muara Utara, Seberang Takir pada majlis yang berlangsung pada jam 9.30 pagi. Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi turut hadir sebagai tetamu kehormat bersama-sama barisan kepemimpinan Negeri dan Persekutuan diantaranya YB. SUK Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri, Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Pegawai Daerah Kuala Nerus serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Berdasarkan perancangan semasa, projek tersebut akan dapat memendekkan masa perjalanan dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud kepada kira-kira 10-15 minit berbanding kadar masa sekarang iaitu 25-35 minit. Ia sekaligus melengkapkan pembangunan di muara Sungai Terengganu yang kini giat dibangunkan terutama projek Pembinaan Drawbridge sebagai mercu tanda baharu bandaraya ini.

Majlis tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahari


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 04 Februari 2018