Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
12/07/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PERUMAHAN RAKYAT BUKIT NANAS TEPOH KUALA TERENGGANU

15 April 2017, Kuala Terengganu - Satu Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Bukit Nanas, Tepoh Kuala Nerus Terengganu telah dirasmikan oleh  YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Daerah Kuala Nerus Terengganu yang dihadiri lebih dari 20,000 orang rakyat Terengganu. Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan barisan Exco kerajaan negeri.

Sepanjang majlis tersebut terdapat beberapa acara yang telah dilaksanakan iaitu penyerahan surat kelulusan permohonan tanah jadual 5A kepada mangsa hakisan pantai, penyampaian cenderahati, melawat ruang pameran dan taklimat projek oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lawatan ke rumah contoh, dan sidang media. Pembinaan 500 unit rumah pangsa setinggi lima tingkat ini turut disediakan kemudahan surau, taska, tadika, taman permainan, kedai serta dewan orang ramai di atas tapak seluas 6.96 hektar.  Projek pembangunan untuk golongan berpendapatan rendah yang menelan belanja RM83.475 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada awal 2020.  Majlis tamat sekitar jam 6.00 petang.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 19 April 2017