Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-08-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPPNT BIL.2/2018


27 Mei 2018, Ahad - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.2/2018 PPPNT telah diadakan di Dewan Teater, Wisma Darul Iman. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan alunan Asmaul Husna serta bacaan doa oleh Encik Mahazi bin Mohd. Nor.  

Aktiviti seterusnya adalah Pemakluman Pengurusan yang merangkumi makluman pertukaran keluar/masuk kakitangan  dan perkongsian Pekeliling / Surat Pekeliling Perkhidmatan / Edaran Terkini (PP/SPP) iaitu Surat Edaran Kementerian Kewangan berkaitan Pelaksanaan Urusan Perolehan Oleh Agensi Kerajaan dan Pemakluman Pengemaskinian Permohonan Cuti Rehat dan Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Pilihanraya Ke-14.

YBhg. Dato’ mengucapkan tahniah kepada Seksyen Pengurusan kerana berjaya menganjurkan perhimpunan kali ke-2 pada tahun ini serta mengucapkan selamat berpuasa sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. YBhg. Dato’ turut berpesan kepada warga kerja PPPNT supaya berbelanja dengan berhemah pada musim perayaan dan selepas perayaan.

YBhg. Dato’ memaklumkan bahawa PRU Ke-14 telah selesai dan berlaku peralihan Kerajaan Persekutuan yang kini diterajui oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Peralihan Kerajaan tersebut berlaku dengan aman dan lancar. Kerajaan baru dalam proses untuk memenuhi manisfesto pilihanraya dan sebagai penjawat awam Kerajaan Persekutuan, kita perlu sama-sama membantu untuk merealisasikan hasrat ini.

YBhg. Dato’ Indera turut mengucapkan tahniah kepada warga PPPNT yang baru mendirikan rumahtangga dan yang menimang cahaya mata. Seterusnya YBhg. Dato’ menyampaikan Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan  Januari hingga April 2018. Majlis diakhiri dengan taklimat oleh Cuepacs.



Sumber: Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 10 Jun 2018