Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPPNT BIL.3/2018

08 Julai 2018, Ahad - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018 PPPNT telah diadakan di Dewan Teater, Wisma Darul Iman. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan alunan Asmaul Husna serta bacaan doa oleh Encik Mohd Junpalos bin Abas.  

Aktiviti seterusnya adalah Pemakluman Pengurusan yang merangkumi makluman pertukaran keluar/masuk kakitangan, kakitangan yang menimang cahayamata serta aktiviti kelab Kespent bersama Kelab Wisma Darul Iman iaitu acara memasak bubur lambuk pada bulan Ramadhan.

YBhg. Dato’ memaklumkan peralihan Kerajaan  memerlukan penjawat awam membantu Kerajaan untuk menyempurnakan janji-janji kerajaan yang lebih bersifat corrective dan constructive.

YBhg. Dato Indera turut memaklumkan kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan penjawat awam terutama kepada Ketua-ketua Jabatan. YBhg. Dato’ memohon agar semua warga PPPNT berusaha untuk mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris serta dapat mempraktikkan dalam kerja seharian. Beliau turut menasihatkan agar warga PPPNT sentiasa bekerja dalam suasana harmoni serta lebih berdaya saing dan berusaha meningkatkan kompetensi dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
YBhg. Dato’ memaklumkan bahawa lawatan Pemantauan Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan (i-COMPLY) akan diadakan pada 16-18 Julai 2018 dan  berharap agar semua pegawai dan kakitangan dapat membuat persediaan yang sewajarnya bagi tujuan tersebut.

Seterusnya majlis disempurnakan dengan penyampian kad hari lahir bagi bulan Jun dan Julai serta Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Mei 2018. Majlis diakhiri dengan Bicara Ilmu oleh Yayasan Islam Terengganu Daerah Marang


Sumber: Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 23 Julai 2018