Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPPNT BIL.1/2018


21 Februari 2018, Rabu - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018 PPPNT telah diadakan di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam, 1Malaysia Negaraku dan alunan Asmaul Husna serta bacaan doa.  Seterusnya, semua warga PPPNT bersama – sama melafazkan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang dipimpin oleh Encik Noorhisham bin Ali, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan dan Kewangan. Aktiviti seterusnya adalah Pemakluman Pengurusan yang merangkumi makluman pertukaran keluar/masuk kakitangan  dan perkongsian intipati Pekeliling – Pekeliling Perkhidmatan terkini seperti PP Bil.2/2017 – Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan, PP Bil.3/2017 – Kemudahan Cuti Umrah, PP Bil.5/2017 – Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam, PP Bil.10/2017 – Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana dan PP Bil.11/2017 – Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung.

Majlis diteruskan dengan ucapan Amanat Tahun Baru 2018 oleh YBhg. Dato’ Indera PKN. Antara pesanan YBhg. Dato’ kepada warga kerja PPPNT adalah berkaitan dengan audit yang bakal dilaksanakan dalam tahun 2018 iaitu Audit Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan, Audit I-Comply, Audit Indeks Akauntabiliti serta  Audit Pengurusan dan Kewangan. YBhg. Dato’ Indera PKN juga menyarankan agar warga PPPNT bersama-sama menjayakan Ekspo Terengganu 2018 yang akan diadakan pada 25 Februari 2018 - 3 Mac 2018 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak Terengganu .

YBhg. Dato’ Indera turut berpesan kepada warga PPPNT untuk membuat pilihan terbaik dalam PRU ke -14 yang bakal berlangsung pada tahun ini. YBhg. Dato’ Indera juga mengucapkan terima kasih dan berharap warga PPPNT dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, mengamalkan sikap jimat cermat dan perbelanjaan berhemat serta memantapkan amalan integriti dalam diri masing – masing. Majlis diakhiri dengan penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan  November dan Disember 2017 serta cenderahati sempena Hari Lahir bagi bulan Januari dan Februari 2018.


Sumber: Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 11 Mac 2018