Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-07-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5/2017 PPPNT

10 Disember, Ahad-  Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.5/2017 PPPNT telah diadakan di Dewan Teater, Wisma Darul Iman. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam, 1 Malaysia Negaraku dan alunan Asmaul Husna. Seterusnya, bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohamad Zaki bin Mohd Shamsuri.

Aktiviti seterusnya adalah Pemakluman Pengurusan yang disampaikan oleh Puan Affiza binti Affundi merangkumi makluman kelahiran bayi, hari lahir kakitangan  dan program jabatan serta kelab KESPENT. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian APC bulanan bagi bulan Ogos, September dan Oktober 2017.

YBhg. Dato’ telah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai yang telah bersara dan akan bersara iaitu Encik Zulkifli bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir dan Encik Uzir bin Salleh, Penolong Jurutera. YBhg. Dato’ juga mengucapkan selamat datang kepada Encik Yusof bin Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir, Encik Noor Kamarul bin Baharin, Penolong Jurutera dan dua orang kakitangan PSH yang baru dilantik.

Dalam kegembiran ada kesedihan, YBhg. Dato’ merakamkan ucapan takziah kepada Encik Kamal Azmi, Puan Rosilah dan Encik Mohd Yusof kerana telah kehilangan ahli keluarga tercinta.
YBhg. Dato’ juga mengingatkan tentang perancangan cuti rehat dan GCR yang perlu dilaksanakan sebelum penghujung tahun 2017. Warga PPPNT juga diingatkan untuk membuat persediaan menghadapi tahun 2018 dengan pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan, serta merakamkan rasa syukur atas penambahbaikan yang dinikmati oleh penjawat awam dalam tahun 2018.

Sumber : Seksyen Pengurusan dan Kewangan

Tarikh Kemaskini: 07 Jan 2018