Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
  07/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.1/2017 PPPNT

22 Januari 2017, Ahad - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/20170 PPPNT telah diadakan di Dewan Teater, Wisma Darul Iman. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perkhidmatan Awam. Seterusnya, semua warga kerja PPPNT bersama – sama melafazkan dengan bacaan ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang dipimpin oleh Encik Md Razi bin Md Lazim, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas.
Aktiviti seterusnya adalah Pemakluman Pengurusan yang merangkumi makluman pertukaran keluar/masuk kakitangan, kelahiran bayi, perkahwinan dan perkongsian intipati Pekeliling – Pekeliling Perkhidmatan terkini seperti PP Bil.11/2016 – Kemudahan Cuti Kuarantin.

Majlis diteruskan dengan ucapan Amanat Tahun Baru 2017 oleh YBhg. Dato’ PKN. Antara pesanan YBhg. Dato’ kepada warga kerja PPPNT adalah supaya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, mengamalkan sikap jimat cermat dan perbelanjaan berhemat dan memantapkan amalan integriti dalam diri masing – masing. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati sempena Hari Lahir bagi bulan Julai hingga Disember 2016 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ PKN.

 

Sumber : Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 05 Februari 2017