Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM NLP: MEMBONGKAR POTENSI PELAJAR TUNAS MEKAR

13 SEPTEMBER 2017 -  Satu Program NLP: Membongkar Potensi Pelajar Tunas Mekar telah diadakan di Dewan Bidara, Hotel UiTM yang melibatkan 6 orang pelajar Tunas Mekar  Siri 6 di Terengganu. Neuro-Liguistic Programming (NLP) adalah pendekatan inisiatif dalam memahami dan menghargai kemahiran manusia, komunikasi dan perangai. Namun dalam program ini, ianya lebih memfokuskan kepada bidang perniagaan. NLP adalah pemahaman tentang bagaimana individu dapat melakukan seluruh aktivitinya seoptimal mungkin.  Programming pula merujuk pada strategi dan teknik yang digunakan untuk mengorganisasikan proses dalaman yang pada akhirnya akan membawa kepada pencapaian hasil akhir yang terbaik.

Antara objektif program ini diadakan adalah menilai potensi peribadi peserta Tunas Mekar dalam memaksimumkan pencapaian dalam bidang perniagaan serta memperkasakan kemahiran keusahawanan dan keyakinan peserta dalam setiap keputusan/tindakan yang dibuat. Selain itu adalah untuk mengenalpasti sepenuhnya kekuatan positif peribadi dalam tindakan di luar kebiasaan bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Turut hadir dalam program NLP ini adalah koordinator program iaitu Encik Nik Fakhrulhazri bin Nik Hassan, 2 orang wakil daripada PPPNT iaitu Puan Norhazijah bt Mohamad Khalid, Penolong Pengarah dan Puan Maimun bt Ali, Pembantu Tadbir (P/O)  serta 3 orang perunding dari UITM iaitu Puan Noorazlina Ahmad, Encik Abd Razak bin Abu Kasim dan Puan Noorizan bt Ahmed. Program ini tamat pada jam 5.30 petang.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 19 Sept 2017