Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

16-07-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH SETIU


Setiu, Isnin, 23 April 2018 Mohd bin Mat Zin, 77 tahun, baru sahaja kehilangan insan tersayang bulan lalu apabila isteri tercinta pergi mengadap Penciptanya. Kesunyian warga emas ini sedikit terubat dengan kehadiran pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Setiu (PDS), MAIDAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) melalui Lawatan Program Mobile Team.

Ketua Isi Rumah (KIR) adalah seorang orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang menerima bantuan dari JKM sebanyak RM200 sebulan. Bantuan ini banyak meringankan beban KIR dalam menjalani kehidupan harian sebagai OKU selain dibantu oleh anak dan cucu. Pihak MAIDAM dan JKM telah bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan KIR bagi bantuan baikpulih bilik air dan tandas.

Melalui Program Lawatan Mobile Team selama dua (2) hari kali ini, sebanyak sembilan (9) keluarga telah dilawati di Kampung Gong Tengah Merang, Kampung Teluk Tasek, Kampung Beris Tok Ku, Kampung Padang Jejawi dan Kampung Bukit Putera.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 07 Mei 2018