Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
12/07/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN NEGERI TERENGGANU (MTNg) BIL 2/2017

16 Mei 2017, Kuala Terengganu – Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Terengganu (MTNg) Bil 2/2017 yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman.  Mesyuarat yang dianggotai oleh Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pengurus Besar Syarikat Utiliti Negeri Terengganu, Pengurus Besar atau Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang DiPertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Terengganu membincangkan perkara-perkara berkaitan prestasi pembangunan projek-projek negeri dan prestasi projek-projek RMKe-11 yang dilaksanakan di Negeri Terengganu.

Dalam mesyuarat tersebut, tiga (3) Kertas Taklimat telah dibentangkan iaitu:

  1. Status Pelaksanaan Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) di Negeri Terengganu oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Ibu Pejabat ;
  2. Project Occupancy Assurance (POA) Pusat Ko Kurikulum Terengganu, Kuala Berang, Terengganu oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan
  3.  Status Pelaksanaan Projek Akujanji Kerajaan Persekutuan (AKP) di Negeri Terengganu oleh  Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 10.00 pagi itu ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

 

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 21 Mei 2017