Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA TERENGGANU


Kuala Terengganu, Selasa, 27 Mac 2018 Hussin Ahmad, 48 tahun, buntu dan hilang arah apabila mengetahui anaknya sulong terpaksa menjalankan pembedahan jantung kali ke-2 pada 12 Mac yang lalu. Beliau yang sebelum ini bergandingan dengan isteri, Rosnani Norbib, 41 tahun, membesarkan empat (4) anak dan antaranya berpenyakit lelah serta menghidapi sakit jantung sejak 3 tahun lalu.

Keluarga ini telah mendapat perhatian agensi yang turut serta dalam program kali ini melalui pemberian sumbangan sekampit beras oleh MAIDAM dan bekalan makanan yang berupa barangan asas keperluan harian dari Pejabat Penyelaras DUN Wakaf Mempelam. Keluarga Hussin memerlukan sokongan kewangan dan moral bagi memulihkan semangat semenjak mendapat berita pembedahan buat kali ke-2 yang bakal menelan perbelanjaan RM70,000 (sebelum mendapat tafsiran kos pembedahan) daripada Insititut Jantung Negara (IJN). Bantuan ini akan dipertimbangkan oleh Sekretariat Tabung Darul Iman (STDI) sewajarnya.

Melalui Program Lawatan Mobile Team kali ini, sebanyak tujuh (7) keluarga telah dilawati di Kampung Aya Datu, Kampung Paloh Sungai Kiat, Kampung Gelugur Raja, Kampung Gong Tok Nasek, Kampung Che Kundur, Kampung Ladang Hospital dan Kampung Batu Enam Chendering. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT).



Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial & Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 29 Mac 2018