Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, Khamis, 6 September 2018 Selepas melalui proses tapisan Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan peringkat Daerah Kuala Terengganu, Program Lawatan Mobile Team telah dianjurkan oleh PPPNT dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan disertai oleh agensi pemberi bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat DUN Buluh Gading, Pejabat DUN Manir, Pejabat DUN Ladang, Pejabat DUN Bukit Payong dan Pejabat DUN Wakaf Mempelam. Program kali ini melibatkan 12 kes di sekitar Kuala Terengganu.

Salah sebuah keluarga yang dilawati ialah Encik Adnan bin Alias yang menghidapi penyakit taun kronik sehingga menyebabkan beliau terpaksa menggunakan bantuan oksigen setiap hari akibat sesak nafas dan lelah. Hampir setahun beliau tidak dapat bekerja dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital. Isteri beliau bekerja sebagai pembungkus makanan tradisional kuih Bepang untuk menyara tiga anak yang masih bersekolah. Sejak akhir-akhir ini isteri beliau mengalami penyakit kencing manis dan darah tinggi dan keadaan ini menyukarkan isteri beliau untuk bekerja 6 hari seminggu. Manakala anaknya membuat kerja sambilan sebagai buruh kampung. Mereka sekeluarga tinggal di rumah pusaka peninggalan yang uzur yang perlu dibaiki.

Menerusi Program Lawatan Mobile Team kali ini, Encik Adnan sekeluarga akan dipertimbangkan menerima Bantuan Kanak-Kanak RM300 sebulan mulai Oktober ini dan akan mendapat pertimbangan untuk menerima Bantuan Perubatan atau Bantuan Persekolahan daripada MAIDAM. Selain itu, sebuah mesin oksigen akan dipinjamkan kepada beliau oleh Sekretariat Tabung Darul Iman.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 18 September 2018