Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS

KUALA NERUS, Selasa, 28 Ogos 2018 – Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 5 Tahun 2018 telah melibatkan 5 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Tebauk, Kampung Tanjung Gelam, Kampung Padang kemunting dan Kampung Telok Tepoh. Lawatan sehari yang dilaksanakan ini juga melibatkan 4 agensi lain iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan agensi Kerajaan menawarkan perkhidmatan secara terus di lapangan kepada golongan yang layak dan tidak berkemampuan untuk hadir ke pejabat agensi.

            Salah seorang peserta Mobile Team yang dilawati ialah Puan Rozita binti Tahir, seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak berumur 26 tahun, 24 tahun dan 23 tahun. Kesemua anak beliau tidak mempunyai kad pengenalan yang sah dan hanya mempunyai sijil kelahiran sahaja. Disebabkan oleh kesukaran hidup Puan Rozita tidak berkesempatan dan tidak mempunyai kemampuan untuk memohon kad pegenalan untuk kesemua anak beliau. Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara telah memberikan kerjasama yang baik untuk memudahkan proses permohonan kad pengenalan tiga beradik tersebut.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 02 September 2018