Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

16-07-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS


KUALA NERUS, Isnin, 23 April 2018 – Seramai lima (5) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 3 Tahun 2018. Lawatan ini telah melibatkan beberapa agensi pemberi bantuan antaranya ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Pejabat DUN Tepoh. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dengan kerjasama Pejabat Daerah selaku penganjur mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan permasalahan. Sumbangan berbentuk keperluan asas harian telah disediakan oleh Pejabat DUN Batu Rakit. Selain itu juga, Pegawai Daerah Kuala Nerus turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM100 kepada setiap KIR yang dilawati. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penghulu Mukim di kawasan masing-masing.

Lawatan kali ini telah melibatkan seorang bapa tunggal yang gigih membesarkan  3 orang anak yang berumur 7 tahun, 8 tahun dan 10 tahun. Sejak bercerai dengan bekas isteri 3 tahun yang lalu segala keperluan makanan, minuman dan persekolahan anak-anak disediakan serta dijaga sebaik mungkin. Beliau bekerja sebagai nelayan sanggup turun ke laut untuk mencari rezeki pada waktu malam iaitu sekitar 6 petang hingga 5 pagi untuk mencari sesuap nasi kerana terikat dengan jadual logistik persekolahan anak-anak. Sebaik pulang dari kerja beliau akan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah sekitar 6 pagi. Lebih menyedihkan lagi, enjin yang digunakan untuk ke laut telah dicuri sejak Disember tahun lalu. Kejadian tersebut menyebabkan beliau tidak dapat lagi turun ke laut untuk menangkap ikan. Agensi pemberi bantuan telah mengambil segala dokumen untuk diproses bantuan yang selayaknya.



Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 25 April 2018