Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KUALA NERUS

KUALA NERUS, Rabu, 08 Ogos 2018 – Seramai lima (5) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus Bilangan 4 Tahun 2018. Lawatan ini telah melibatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT) serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM). Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dengan kerjasama Pejabat Daerah selaku penganjur mengetuai lawatan ini untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan permasalahan.

Sumbangan dalam bentuk keperluan asas harian diserahkan kepada peserta lawatan sehari ini. Selain itu juga, Pegawai Daerah Kuala Nerus turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM100 kepada setiap KIR yang dilawati.

Lawatan kali ini amat menyentuh hati apabila terdapat sepasang suami isteri lingkungan 80 tahun yang hidup dalam serba kekurangan dengan tahap kesihatan yang kurang memuaskan tidak lagi mampu untuk menyediakan segala keperluan harian sendiri. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan untuk tinggal di pusat jagaan di bawah seliaan JKM. Menurut penjaga pasangan tersebut mereka telah mendapat persetujuan daripada anak-anak untuk menempatkan kedua-duanya di Rumah Ehsan.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 09 Ogos 2018