Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KEMAMAN

KEMAMAN, Selasa, 31 Julai 2018 –Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) telah mengadakan Program Lawatan Mobile Team buat kali ke-empat di Daerah Kemaman dan disertai oleh MAIDAM, JKM dan Pejabat Daerah Kemaman. Lawatan yang dijalankan ini melibatkan 5 buah keluarga miskin yang terpilih. Kebanyakan peserta yang dilawat kali ini adalah di kalangan mereka yang tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya.

Aina Nazilah Mohamad, 46 tahun melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua ahli lawatan kerana masih diberi peluang untuk membuat permohonan bantuan kerana beliau masih belum menerima sebarang bantuan dari mana-mana Kerajaan sejak ditinggalkan oleh suami hampir 4 tahun lalu. Beliau terpaksa berkerja keras untuk menyara kehidupan 7 beranak dan pernah dipotong bekalan elektrik kerana tidak mampu membayar bil sehingga terpaksa tinggal dalam suasana gelap hanya ditemani lampu suluh.

Selain itu, Che A Manaf bin Md Taib dan isteri melahirkan rasa terharu dengan kunjungan yang dibuat terutama sekali setelah menerima sumbangan barangan makanan asasi kerana tidak pernah menerima lagi sumbangan seperti ini seumur hidup beliau. Kini, beliau serta isteri menginap di rumah sewa yang terletak di Flat Yayasan Kg. Fikri dan tidak mampu membuat bayaran secara konsisten kerana tidak dapat bekerja disebabkan masalah kesihatan yang agak kronik. Mereka sekeluarga hanya bergantung hidup dengan bantuan kewangan dari JKM dan MAIDAM serta sangat berharap diluluskan bantuan bina baru dari MAIDAM.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 05 Ogos 2018