Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH KEMAMAN

KEMAMAN, Rabu, 29 Ogos 2018 – Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu telah mengadakan Program Lawatan Mobile Team buat kali kelima dan merupakan lawatan terakhir bagi tahun 2018. Program kali ini telah disertai oleh agensi pemberi bantuan MAIDAM dan JKM melibatkan 9 keluarga yang terpilih. Lawatan kali ini dijalankan selama dua hari berturut-turut mulai 28 Ogos 2018.

Izam Mohamad, 45 tahun, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua ahli lawatan kerana sudi berkunjung ke rumahnya. Beliau merupakan pesakit kronik gout dan kini masih lagi bekerja walaupun terpaksa menahan kesakitan. Pihak MAIDAM akan membuat pengesyoran untuk beliau menerima bantuan sara hidup zakat bagi mengurangkan beban beliau sekeluarga.

Selain itu, Mohd Asri Mat Yaakub, 42 tahun dan isteri melahirkan rasa terharu dengan lawatan program ini. Pihak JKM telah menyerahkan bantuan tiket perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan penyakit kanser di HUKM. Pihak MAIDAM juga akan menghulurkan bantuan kewangan segera setiap kali beliau pergi mendapatkan rawatan bagi membantu meringankan beban.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 02 September 2018