Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

16-07-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH HULU TERENGGANU


Hulu Terengganu, Isnin, 30 April 2018 – Seramai enam (6) peserta telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Hulu Terengganu kali kedua bulan ini. Lawatan ini telah melibatkan beberapa agensi pemberi bantuan di peringkat daerah antaranya ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital, Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Penghulu Mukim dan Pengerusi J3K Kampung Bukit Gemuruh, Kampung Kuala Menjing, Kampung Cheting Tersat dan Kampung Pengkalan Ajal. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu selaku penyelaras program dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu turut menyalurkan sumbangan berbentuk keperluan makanan asas kepada peserta.

Salah seorang peserta yang dilawati iaitu Encik Ali bin Taib, 77 tahun, tinggal bersama tiga (3) orang ahli keluarga iaitu isteri dan dua (2) orang cucu di Kampung Cheting Tersat, mengidap penyakit gout dan kini terlantar sakit. Keperluan harian banyak dibantu oleh anak-anak beliau. Jabatan Kerja Sosial Hospital akan mempertimbangan bantuan pampers manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat telah meluluskan bantuan penjagaan OKU terlantar kepada isteri beliau.



Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 07 Mei 2018