Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-06-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH HULU TERENGGANU


Hulu Terengganu, Isnin, 2 April 2018 Program Lawatan Mobile Team telah diadakan di sekitar Daerah Hulu Terengganu melibatkan agensi pemberi bantuan JKM, MAIDAM, wakil Pejabat Parlimen Hulu Terengganu, Pejabat DUN Telemong, Pejabat DUN Ajil dan J3K. Program ini dianjurkan oleh PPPNT melibatkan enam (6) orang peserta di Kampung Chepoh, Kampung Getang Hilir, Kampung Gemuruh, Kampung Bukit Ara dan RAKR Tok Randok.

Salah seorang peserta yang dilawati iaitu Cik Delima binti Manshor, 58 tahun dari Kampung Bukit Gemuroh yang tidak bekerja dan tinggal sendirian. Beliau juga mengidap beberapa penyakit iaitu kencing manis, darah tinggi, jantung dan sakit sendi yang memerlukan rawatan di hospital. Cik Delima tidak mempunyai pendapatan sendiri dan hanya mengharapkan kiriman wang daripada anak saudaranya untuk perbelanjaan keperluan harian.

Kisah beliau telah mendapat perhatian daripada agensi yang hadir dalam program kali ini di mana JKM akan mempertimbangkan bantuan Bulanan Am dan pihak MAIDAM Hulu Terengganu akan mempertimbangkan bantuan sara hidup/perubatan kepada Cik Delima. Di samping itu juga beliau telah menerima sumbangan barangan keperluan harian ketika lawatan berlangsung bagi meringkan bebanan yang ditanggung.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang besar kepada para peserta yang terlibat bagi meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban berbanding kehidupan sebelum ini.



Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 22 April 2018