Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

21-08-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

PROGRAM LAWATAN MOBILE TEAM DAERAH DUNGUN


DUNGUN, Selasa dan Rabu, 10 & 11 April 2018 – Selepas kematian suami, Puan Norlida binti Ismail, 47 tahun, hilang punca pendapatan. Bermula dari itu, beliau memulakan peniagaan sambal hitam belimbing secara kecil-kecilan.  Puan Norlida tinggal bersama dua (2) orang cucu yang masih bersekolah. Kisah beliau telah mendapat perhatian dari pemimpin setempat dan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Pada awalnya Puan Norlida hanya menghasilkan sambal hitam belimbing sekadar untuk makan sendiri dan bersedekah kepada kawan-kawan. Setelah merasakan keenakkan sambal tersebut, permintaan dari penduduk setempat kian meningkat.  Beliau cuba memenuhi permintaan tersebut namun kekurangan peralatan untuk menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak. Hal ini telah mendapat perhatian daripada agensi di mana beliau telah diluluskan bantuan peralatan di bawah Program Peningkatan Pendapatan oleh KETENGAH dan Bantuan Am Bulanan sebanyak RM200 daripada JKM.

Semua peserta program yang terpilih telah melalui proses tapisan dan pemutihan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) serta disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan peringkat Daerah Dungun sebelum Program Lawatan Mobile Team dianjurkan. Program anjuran PPPNT dengan kerjasama agensi pemberi bantuan MAIDAM, JKM dan KETENGAH pada kali ini melibatkan lapan (8) kes secara keseluruhan di sekitar Daerah Dungun.



Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 22 April 2018